17 August 2011

Anak Buah Ong Kim Swee bangkit: Malaysia 2 - 0 MFK Dolny Kubin


Skuad Malaysia u-23 telah berjaya bangkit dari kekalahan pertama mereka kepada Hungary Budapest 1 – 4 dengan menewaskan kelab MFK Dolny Kubin dengan jaringan 2 -0.

Gol Malaysia di jaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor dan Hazwan Bakri. Ini adalah kemenangan ke 4 skuad bawah 23 tahun Negara di dalam persiapan mereka untuk kempen peringkat kumpulan Sukan Olimpik 2012.

Berikut ialah senarai keputusan perlawanan Malaysia u-23 di Slovakia:

Malaysia U23 (1) vs Moldava (0)
Malaysia U23 (2) vs Topolcany (1)
Malaysia U23 (2) vs Liptovsky Mikulas (1)
Malaysia U23 (1) vs Honved Budapest (4)
Malaysia U23 (2) vs Dolny Kubiu (0)