10 August 2011

Azamuddin tiba di Kota Bharu



Penyerang Pahang yang di pinjam oleh Kelantan untuk aksi Piala Malaysia pada musim ini iaitu Azamuddin Mohd Akil telah tiba di Kelantan dan menjalani latihan bersama skuad The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau yang nyata ceria dan bersemangat untuk membalas kepercayaan dan sokongan daripada KAFA dan peminat The Red Warriors. Peluang untuk bersama dengan skuad Kelantan akan di gunakan sepenuhnya untuk cuba membantu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia dan mendapatkan kejuaraan yang pertama dalam karier bola sepak beliau.

Sementara itu Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa juga memberitahu Rednewsfc bahawa Kelantan akan berusaha untuk membawa seorang lagi pemain penyerang untuk memantapkan lagi barisan serangan. Pengesahan akan di buat pada minggu hadapan.