7 August 2011

THE BATTLE OF MANCHESTER; FA COMMUNITY SHIELD 2011


Malam ini akan berlangsungnya perlawanan Community Shield FA di antara Manchester United dan jirannya, Manchester City. Pembuka tirai bagi musim baru BPL 2011-2012 ini di jangka akan berlangsung dengan sengit dan penuh aksi dengan kedua-dua pasukan telah membelanjakan sebegitu banyak wang semasa pintu perpindahan baru-baru ini.

Perhatian akan di berikan pada penyerang prolifik dari Argentina dan menantu kepada Maradona iaitu Sergio Aguero yang di anggap sebagai penggempur sempurna persis ayah mertuanya. Dengan bayaran rekod perpindahan 38juta pound dari Atletico Madrid, Aguero ialah pemain termahal pernah di beli City semenjak Robinho yang di beli semahal 32.5 juta pound. City sememangnya mempunyai rangkaian penyerang berbisa yang terdiri daripada Edin Dzeko, Carlos Teves dam Bolatelli. David Silva yang telah berjaya menghabiskan musim pertamanya di England di jangka akan tampil lebih berbahaya musim ini.

Sementara itu United pula akan kehilangan penyerang sensasi dari Mexico, Javier Hernandez yang mengalami kecederaan bersama dengan Michael Carrick. Namun ini di jangka tidak akan memberikan masalah kepa United dengan kehadiran Rooney yang dalam keadaan berselera untuk menjaringkan gol setelah mengharungi perlawanan pra-musim yang berjaya di USA. Peminat United juga akan akan mengharapkan pemain-pemain baru mereka seperti De Gea dan Ashley Young akan tampil cemerlang apabila menyarung jersi keramat United di Wembley nanti. Sama-sama kita nantikan pertarungan 'THE BATTLE OF MANCHESTER' pada pukul 9.30 malam ini.

Utamakan terawih dahulu, masih sempat untuk pulang ke rumah atau terus ke kedai mamak yang berhampiran.