21 August 2011

CHELSEA 2-1 WEST BROMWICH: MALOUDA PENYELAMAT

MATCH REPORT: CHELSEA 2 WEST BROMWICH ALBION 1
Aksi Malouda ketika menjaringkan gol kemenangan Chelsea


Florent Malouda menyelamatkan air muka Andre Villas-Boas pada debut beliau di Stanford Bridge selaku Pengurus Chelsea yang baru. Malouda menjaringkan gol kemenangan Chelsea pada minit akhir perlawanan dengan West Bromwich Albion.

Malouda kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama namun apabila dia di bawa masuk pada separuh masa pertama, dia muncul sebagai penyelamat Chelsea dengan jaringan hasil hantaran Jose Bosingwa pada minit ke 83.

Villas-Boas kelihatan seperti akan mengalami kekalahan pertamanya dalam tempoh 16 bulan apabila penyerang West Bromwich, Shane Long menjaringkan gol pada minit awal perlawanan.

Bermula separuh masa kedua, Chelsea memperkemaskan gerakan dan usaha mereka bagi medapatkan gol berhasil apabila Nicolas Anelka menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 55.

Gol tersebut hadir apabila bola hantaran Lampard di rembat oleh Nicolas Anelka yang kemudian terbias pada kaki pertahanan West Bromwich dan menerjah jaring.

Andre Villas-Boas memuji prestasi dan semangat anak-anak buahnya terutamanya pada separuh masa yang kedua selepas mereka cuba bangkit daripada gol awal West Bromwich.

Namun dalam perlawanan ini, Chelsea kelihatan seperti bukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan amat terdesak untuk mendapatkan inspirasi di bahagian tengah padang daripada pemain-pemain seperti Luka Modric dan Juan Mata.

Perlawanan yang sepatutnya di anggap mudah oleh Chelsea jika rekod lalu di ambil kira. Mereka telah menewaskan West Bromwich dalam semua 10 pertemuan yang lepas dan kali terakhir mereka bertemu, West Bromwich di belasah teruk dengan jaringan 6-0.

 Fernando Torres pula gagal mengulangi prestasi memberansangkan yang di pamerkan pada minggu lepas dan di gantikan dengan Didier Drogba.

Translated & edited by MN.