10 August 2011

FELDA UNITED PINJAM 3 PEMAIN HARIMAU MUDA UNTUK PIALA MALAYSIA


Felda United yang merupakan salah satu daripada lawan pasukan Kelantan di dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia 2011 nanti turut mengumumkan bahawa mereka telah meminjam 3 orang pemain daripada skuad Harimau Muda A dan Harimau Muda B.
D. Saarvindran (HMB), K. Ravindran dan S. Sivanesan (HMA) adalah pemain yang menambat hati jurulatih Felda United, E. Elavarasan untuk membawa cabaran Felda di Piala Malaysia nanti. Felda United diundi bersama Kelantan, Johor FC dan Sarawak dalam kumpulan C.
D. Saarvindran merupakan pemain paling menonjol di dalam pasukan Harimau Muda B yang mana beliau merupakan kapten pasukan dan playmaker bagi pasukannya. Sebelum ini beliau juga di khabarkan ingin di pancing oleh pasukan Selangor.