7 August 2011

HARIMAU MALAYA TEWAS LAGI..APA ALASAN RAJAGOPAL?


Kekalahan tipis 0-1 pasukan kebangsaan kepada pasukan Selangor agak mengejutkan di mana sebuah pasukan bertaraf negeri mampu menewaskan pasukan kebangsaan yang rata-rata di barisi oleh pemain-pemain bola sepak terbaik negara. Jaringan Rudie Ramli pada minit ke 64 sudah cukup bagi mengecewakan pasukan Harimau Malaya yang jelas masih belum pulih dari luka tewas kepada Singapura.

Di manakah silapnya taktikal Jurulatih kebangsaan, Dato' K. Rajagobal yang baru-baru ini di khabarkan oleh FAM di mana beliau mungkin memerlukan seorang penasihat taktikal. Setelah menggugurkan 7 orang pemain utama yang terpaksa ke Slovakia bagi mewakili pasukan Harimau Muda, Rajagopal telah membariskan pemain-pemain yang ternama kembali mewakili pasukan kebangsaan. Di antaranya ialah Zamani Misbah, Farisham Ismail, Farizal Marlias dan lain-lain.

Apakah setelah beliau menukarkan hampir kesuluruhan bahagian pertahanan semasa tewas kepada Singapura tempoh hari kecuali Asrarudin, dengan memasukkan Helmi, Zamani dan Rizal Fahmi masih tidak cukup untuk mengukuhkan benteng pertahanan negara. Adakah wajar bagi beliau untuk memanggil Zamani Misbah dari pasukan Negeri Sembilan yang hampir tidak di wakilinya selama satu musim. Tidakkah S.Subramaniam ialah calon yang lebih baik berbanding Zamani.

Jika persembahan semasa melawan Chelsea di ambil kira, jelas boleh dilihat Subramanian lebih banyak menyelamatkan percubaan-percubaan bahaya dari penyerang-penyerang Chelsea seperti Drogba, Kalou dan Torres. Zamani yang baru pulih dari kecederaan ACL dan kurang bermain dalam perlawanan kompetitif pada tahun ini, berbanding Subramaniam yang menjadi tunjang utama Kelantan pada musim ini. Mungkin Rajagopal tidak mengenali subramaniam seperti dia mengenali Zamani Misbah..tepok dada tanya selera. Hak pemilihan pemain tetap milik Jurulatih dan pengurusan. Mereka yang berhak.