7 August 2011

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA KUMPULAN C


JADUAL PERLAWANAN MELIBATKAN PASUKAN THE RED WARRIOR!!!

Grafik Credit to: Epick Pique

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2011 :

PUSINGAN PERTAMA

SARAWAK vs KELANTAN – 6 SEPTEMBER 2011 – Selasa
KELANTAN vs FELDA UNITED – 10 SEPTEMBER 2011 – Sabtu
JOHOR FC vs KELANTAN – 13 SEPTEMBER 2011 – Selasa

PUSINGAN KEDUA

KELANTAN vs SARAWAK – 17 SEPTEMBER 2011 – Sabtu
KELANTAN vs FELDA UNITED – 24 SEPTEMBER 2011 – Sabtu
KELANTAN vs JOHOR FC – 27 SEPTEMBER 2011 – Selasa

Jadual Suku Akhir PM : 4 & 8 Oktober 2011 – Selasa & Sabtu
Jadual Separuh Akhir PM : 14 & 22 Oktober 2011 – Jumaat & Sabtu
FINAL PM 2011 : 29 Oktober 2011 – Sabtu





Kelantan seharusnye tiada masalah untuk melepasi mahupun mendahului kumpulan C pada saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 nanti. Berdasarkan perlawanan dengan pasukan-pasukan seperti FELDA UNITED dan JOHOR FC, TRW di jangka akan dapat mengatasi pasukan tersebut. Namun kekuatan Serawak masih belum dapat di jangka kerana Sarawak ialah pasukan dari Liga Perdana dan bergelar Naib Joham Liga Perdana.


Kelantan akan terlebih dahulu bertandang ke Serawak seminggu selepas hari raya dan pulang ke Kota Bharu untuk melayan kunjungan FELDA UNITED empat hari kemudian. Berdasarkan status Kelantan sebagai Juara Liga Super 2011, kemenangan bagi semua perlawanan ini di jangka tidak akan menjadi masalah bagi mereka. Susunan jadual yang agak ketat dan jarak kunjungan yang terpakse di tempuhi agak jauh dan bakal memenatkan pemain dan pengurusan. Namun kelebihan tetap berpihak pada Kelantan kerana pada pusingan kedua, ketiga-tiga perlawanan akan di langsungkan di kubu kuat The Red Warriors. Sokongan padu peminat TRW akan sekali lagi di tagih kali ini bagi memastikan kejayaan TRW mempertahankan Piala yang mereka menangi buat julung kali pada tahun lepas.


Namun halangan yang mungkin akan menimbulkan sedikit masalah kepada Kelantan ialah bakal kehilangan khidmat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang mewakili Harimau Malaya dalam perlawanan peringkat kumpulan dalam Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012. Kempen ini akan bermula dari 21 September di mana Malaysia akan bertemu Jepun, 2 hari kemudian bertemu Syria dan tamat pada 14 mac 2012. Kelantan bagaimanapun masih mempunyai seorang lagi penjaga gol yang berkaliber iaitu Mat Chah atau Shahrizan yang beraksi cemerlang setiap kali dia di amanahkan menjaga gawang apabile kelibat Khairul Fahmi tiada.