12 August 2011

KAWAN BARU NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

Gandingan baru 'Mat Yo'; Azamuddin dan R. Surendran
Norshahrul Idlan Talaha atau lebih di kenali dengan gelaran 'Mat Yo' di kalangan penyokong Kelantan kini mempunyai gandingan baru di bahagian serangan. Kedua-dua penyerang pinjaman daripada skuad Tok Gajah tersebut telah memulakan latihan bersama skuad The Red Warriors sejak beberapa hari lepas.

Azamuddin dan R. Surendran di jangka akan mampu menambah sengat dan bisa jentera serangan yang sebelum ini tampak terlalu bergantung dengan Mat Yo. Bukan ingin menidakkan sumbangan penyerang-penyerang Kelantan lain seperti Nizad Ayob, Ramzul Zahini Adnan dan Khalid Jamlus, tetapi dengan kehadiran 2 penyerang 'import' ini di harap jurulatih Kelantan akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menurunkan hanya yang terbaik. Dato M.Karathu berkata "Mereka semua harus berkerja keras untuk mendapat perhatian saya jika mahu tersenarai dalam kesebelasan utama Kelantan".

Kelantan selaku juara bertahan akan memulakan kempen mempertahankan Piala Malaysia yang berjaya di menangi untuk kali pertama dalan sejarah bola sepak mereka. Juara baru Liga Super dan naib juara Piala FA 2011 ini akan tampil dalam perlawanan pertama menentang Sarawak di Kuching pada 6 September.