19 August 2011

KELANTAN 1-0 PDRM: KELANTAN MENANG 3 PERLAWANAN TANPA BOLOS


Kelantan 1-0 PDRM; jaringan Nidzab Ayob , minit-45.


Setelah mengharungi 2 perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur dan Selangor dengan cemerlang , malam ini Kelantan tampil longlai dengan aksi yang tidak menyakinkan. Namun semua ini boleh di terima oleh peminat The Red Warriors yang memahami bahawa perlawanan ini hanyalah sekadar pelengkap jadual perlawanan persahabatan yang di atur di Lembah Kelang sempena persiapan Piala Malaysia.

Jurulatih Kelantan, Dato’ M.Karathu bertindak merehatkan hampir semua kesebelasan utama pemain yang baru semalam beraksi ketika menewaskan Selangor 1-0 di Shah Alam kecuali penjaga gol, Shahrizan Ismail. Perlawanan menentang PDRM membuka peluang untuk pemain-pemain Kelantan lain yang jarang di turunkan.

Pada sebelah masa pertama PDRM kelihatan dominan di kawasan tengah padang dan sering melancarkan gerakkan dan percubaan merbahaya ke arah gol Kelantan. Mereka menjana banyak peluang untuk menjaringkan gol namun gagal di sudahkan dengan baik. Penjaga Gol Kelantan, Shahrizan Ismail bertindak cemerlang malam ini dan kerap kali menyelamatkan percubaaan dari penyerang PDRM.

Jentera tengah Kelantan kerap kehilangan bola dan lebih banyak turun bertahan menahan asakan demi asakan dari PDRM. Namun semua gerakan bahaya dari PDRM dapat di patahkan dengan baik oleh barisan pertahanan Kelantan yang di ketuai oleh Wan Rohaimi.

Gol pertama Kelantan hadir di akhir minit separuh masa pertama hasil jaringan mudah oleh Nidzab Ayob yang menerima hantaran cantik dari Surendran. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Di sebalik kejayaan mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut, Kelantan mungkin akan kehilangan khidmat penyerang dari Pahang iaitu Surendran yang cedera akibat rempuhan dari belakang oleh pemain PDRM. Beliau yang tampil bertenaga malam ini berkemungkinan akan di rehatkan pada perlawanan yang berikutnya.

Perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia pasukan Kelantan akan bersambung di Kota Bharu pada 24 Ogos menentang T-Team dan dua hari kemudian Kelantan akan berkunjung ke Thailand untuk menentang Songhkla FC.

Kesebelasan Utama Kelantan vs PDRM:

Shahrizan Ismail (GK) (c), Nik Mohd Shahrul Azim (S. Subramaniam), Khairan Ezuan, Khairan Eroza, Wan Rohaimi Ismail, Nidzad Ayub (Aris Zaidi), R. Surendran (Aziz Ismail), Danial Fadly (Wan Zaman) Khairul Izuan Rosli (Norshahrul Idlan), Solehin Kanasian dan Ramzul Zahini Adenan.