18 August 2011

KELANTAN 1 - 0 SELANGOR: ALEX MENGGANAS LAGI




Kelantan meneruskan aksi cemerlang di dalam perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan musuh tradisi mereka, Selangor dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam.

Perlawanan yang di saksikan oleh hampir 3 ribu orang penyokong Kelantan ini di anggap penting kerana ia boleh di kira sebagai penanda aras kekuatan pasukan sebelum bermulanya Piala Malaysia nanti.

Kelantan menurunkan kesebelasan utama yang hampir sama ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 pada Ahad lepas kecuali Halim Napi dan Nurul Azwan Roya. Mereka di gantikan dengan Shahrizan Ismail dan Solehin Kanasian.

Kelantan lebih menguasai bola pada separuh masa pertama dan melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol Selangor yang di kawal oleh Iqbal Suhaimi yang cekap menyelamatkan bola. Namun, kubu Selangor bolos jua apabila gerakan yang cantik oleh rangkaian serangan Kelantan di sudahkan dengan rembatan oleh Alex  yang menerima hantaran dari Piya. Kelantan mendahului 1-0 pada minit ke 29.

Penguasaan bola yang memihak pada Kelantan terus menghasilkan banyak percubaan-percubaan bahaya ke pintu gol Selangor tetapi barisan pertahanan Selangor yang di barisi Nasriq Baharom dan Asrarudin Putra cemerlang menafikan percubaan Kelantan.

Tertekan dengan penguasaan Kelantan, jurulatih Selangor, K.Devan bertindak mengeluarkan Haziq Elias, pemain pinjaman dari Harimau Muda A dan memasukkan Amirulhadi Zainal pada minit ke 41.

Bermula separuh masa kedua, pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid di keluarkan kerana kecederaan ‘hamstring’ dan digantikan dengan kapten Skuad Piala Presiden Kelantan, Nik Shahrul Azim.

Selangor yang seolah-olah mendapat tenaga baru daripada kemasukkan Amirulhadi zainal terus menguasai perlawanan dan midfield.  Mereka terus-menerus mengasak barisan pertahanan Kelantan namun penjaga Kelantan terus kental mempertahankan gawangnya.

Asakkan Selangor terus bertambah dengan kemasukkan kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim yang menghadirkan ancaman bahaya ke kawasan gol Kelantan dan namun terus di hampakan oleh kecekapan S.Subramaniam dan Shahrizan Ismail. Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke 86 melalui tandukkan Asrarudin Putra yang terkena palang.

Kelantan walaupun di bawah tekanan hebat oleh Selangor masih mampu untuk melancarkan beberapa serangan balas yang hampir menghasilkan gol namun Nidzad Ayob gagal memanfaatkan peluang yang terhidang di hadapannya di minit ke 90.

Pada separuh masa kedua, Kelantan merehatkan Alex, Solehin, Shakir, Chanturu dan Norshahrul Idlan talaha dan memasukkan R.Surendran, Nidzad Ayob, Khairan Ezuan, Aris Zaidi dan Ramzul Zahini.  Dato’ M.Karathu kelihatan terus memberi peluang dan masa kepada pemain-pemain ini untuk ‘bersinar’ dan berusaha untuk mempamerkan kebolehan masing-masing.

Kelantan setakat ini telah menjaringkan 6 gol dan tidak di bolosi dalam perlawanan pra Piala Malaysia. Kelantan akan bertemu PDRM pada 18 Ogos di Stadium Selayang sebelum meneruskan aksi persahabatan di Kota Bharu.