5 August 2011

Kelantan di dalam kumpulan 'selesa'





KUALA LUMPUR, (D5) - Kelantan menerima laluan mudah dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia setelah diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Johor FC, Felda United dan Sarawak selepas Majlis Undian Piala Malaysia 2011 selesai berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Dalam majlis yang buat julung kalinya disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 itu tadi, Selangor bakal bertemu musuh tradisi setempat mereka, Kuala Lumpur setelah diletakkan bersama-sama di dalam Kumpulan D, yang turut disertai oleh T-Team dan PDRM.

Juara Piala FA 2011, Terengganu pula berdepan laluan sukar setelah diundi bersama-sama finalis Piala Malaysia tahun lepas, Negeri Sembilan di dalam Kumpulan B. 

Pasukan-pasukan lain di dalam kumpulan tersebut ialah Selangor PKNS dan KL Sime Darby.

Melengkapkan senarai kumpulan dalam saingan Piala Malaysia kali ini ialah Kedah, Perak, Sabah dan Johor yang telah diundi di dalam aksi Kumpulan A.

Kumpulan A
Kedah, Perak, Sabah, Johor

Kumpulan B
Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor PKNS, KL Sime Darby

Kumpulan C
Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak

Kumpulan D
Selangor, Kuala Lumpur, T-Team Terengganu, PDRM



Astro Arena.my


apepon undian Piala Malaysia 2011 kali ini memang klas..siap ade live lagi dari SBJ..dah macam undian UEFA Champions League plak.. memang mendebarkan dan Alhamdulillah, Kelantan di undi dalam kumpulan yang boleh di katakan agak selesa untuk Kelantan,..