10 August 2011

KELANTAN RANCANG 5 PERLAWANAN PERSAHABATAN SEBELUM PIALA MALAYSIA



The Red Warriors akan mengadakan lima perlawanan persahabatan dalam rangka persiapan pasukan sebelum perlawanan pertama Piala Malaysia 2011.

Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim di Laman Sosial Facebook, Kelantan akan ke Lembah Kelang untuk mengadakan tiga perlawanan persahabatan.

Jelajah pertama dimulakan dengan melawan Kuala Lumpur di Stadium Selayang pada 14 Ogos.

Tiga hari kemudian, Sang Kijang akan bertandang ke Stadium Shah Alam melawan Selangor sebelum menamatkan perlawanan persahabatan di Lembah Klang dengan bertemu PDRM di Stadium Selayang, sehari selepas itu.

Kelantan akan meneruskan sesi latihan di Kota Bharu sebelum sekali lagi turun perlawanan persahabatan melawan T-Team pada 24 Ogos.

Menamatkan perlawanan persiapan pasukan ialah kesemua pemain dan pegawai bertolak ke Thailand untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Songkhla FC yang dibimbing bekas pemain import The Red Warriors, Worrawoot Srimaka di Stadium Tinsulanon. -RedsfcNews-


JADUAL LENGKAP PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN 2011

1. KELANTAN VS KUALA LUMPUR
    STADIUM SELAYANG
    14 OGOS 2011

2. KELANTAN VS SELANGOR
    STADIUM SHAH ALAM
    17 OGOS 2011

3. KELANTAN VS PDRM
    STADIUM SELAYANG
    18 OGOS 2011

4. KELANTAN VS T-TEAM
    STADIUMSULTAN MUHAMMAD KE IV
    24 OGOS 2011

5. KELANTAN VS SONGKHLA FC
     STADIUM TINSULANON, THAILAND
     26 OGOS 2011

*Semua perlawanan bermula pada pukul 10 malam.