21 August 2011

LIVERPOOL 2-0 ARSENAL: SUAREZ MESIN PENCETAK GOL

Luis Suárez and Raul Meireles celebrate Liverpool's second goal at Arsenal
Suarez dan Meireles meraikan gol ke dua Liverpool


Liverpool telah mendapat kemenangan yang pertama di Emirates sejak dari tahun 2000 untuk menambahkan lagi derita ‘The Gunners’. Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berkata “Kami amat gembira untuk menang. Emirates ialah suatu tempat yang sukar”.

Arsenal malam ini telah kehilangan Emmanuel Frimpon yang di layangkan kad merah serta kehilangan Laurent Koscielny yang cedera. Arsenal rebah di tangan Liverpool dengan jaringan 0-2.

Penampilan terakhir Samir Nasri bersama Arsenal tampak menyakinkan tetapi tuah tidak berada di pihak tuan rumah apabila Aaron Ramsey menjaringkan gol sendiri pada minit ke 78 dan jaringan Luiz Suarez pada minit akhir perlawanan memberikan 3 mata kepada Liverpool.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekarang mempunyai halangan yang besar untuk 2 perlawanan seterusnya. Beliau kehilangan separuh daripada kesebelasan utamanya atas faktor kecederaan dan pengggantungan. Namun beliau harus lupakan itu semua dan mencongak strategi baru untuk cabaran ‘play-off’ Liga Juara-Juara Eropah di Udinese dan kunjungan ke Old Trafford nanti.

Liverpool yang sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Sunderland  minggu lepas di Anfield kelihatan lebih bersemangat malam ini dengan beberapa percubaan merbahaya dari Andy Carrol, Henderson, Charlie Adam dan Luiz Suarez.

Arsenal turut mempunyai beberapa peluang dari percubaan  leret dari fromping, rembatan jauh dari Samir Nasri dan Robin Van Persie.  Dengan masa berbaki 20 minit, Asenal kehilangan Frimpong apabila dia mengangkat kaki semasa berebut bola dengan Lucas.

Liverpool memanfaatkan ketempangan Arsenal dengan melancarkan serangan dan hasilnya tiba apabila cubaan Miquel bagi menyelamatkan bola terkena dada Aaron Ramsey dan menerjah jaring sendiri. Hari yang malang bagi Arsenal di lengkapkan lagi oleh Suarez yang menjaringkan gol dari gerakan serangan balas yang pantas.



Sumber: http://www.premierleague.com/page/Headlines/0,,12306~2426619,00.html
Translated & edited by MN