14 August 2011

LIVERPOOL SEKADAR SERI DI ANFIELD

Luis Suarez - Liverpool v Sunderland match report

Luiz Suarez menjadi penjaring gol pertama liga EPL musim ini namun tidak cukup untuk membawa 3 mata penuh untuk Liverpool setelah sekadar seri dengan Sunderland di Anfield. Luis Suarez sepatutnya mendapat gol awal pada minit ke 5 setelah dia di jatuhkan oleh Kieran Richardson dan di hadiahkan sepakan penalti, namun tendangannya tinggi melewati palang gol.

Suarez menanduk masuk bola hantaran dari Charlie Adam pada minit ke 12 yang berpunca dari sepakan percuma untuk meletakkan Liverpool di hadapan. Andy Carrol juga berjaya menjaringkan gol namun tidak di kira kerana offside. Liverpool di hukum dek kealpaan barisan pertahanan apabila Sebb Larrson mejaringkan gol penyamaan pada minit ke 57.

Dengan kos hampir 49 juta pound yang di keluarkan oleh Liverpool untuk membawa pemain-pemain baru seperti Suarez, Charlie Adam, Andy Carrol dan Stewart Downing, Liverpool seharusnya mendapat keputusan yang lebih baik. Apa yang berlaku malam ini seolah-olah mengulangi skrip yang sama pada tahun lepas. Hari yang bermula dengan begitu indah dan menyakinkan tetapi berakhir dengan kekecewaan. Sesuatu harus di lakukan supaya ianya tidak berpanjangan lagi pada musim ini.