26 August 2011

MALAYSIA U-23 1-0 FC LEVICE: IZUAN SOLAHUDIN CEMERLANG




Skuad Harimau Malaya A menamatkan siri perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab bola sepak di Slovakia dengan kemenangan berharga ke atas kelab FC Levice. Gol di jaringkan oleh Izuan Solahudin pada minit ke 3.

Pemain yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini merupakan anggota skuad Piala Presiden Kelantan yang di serapkan ke pasukan senior The Red Warriors di dalam pertengahan kempen Liga Super yang lalu. Beliau merupakan penjaring terbanyak skuad presiden dan mendapat kepercayaan Dato’ M.Karathu untuk beraksi bersama skuad senior.

Izuan yang baru berusia 21 tahun mula mencuri tumpuan ramai peminat-peminat bola sepak negara apabila beraksi cemerlang bersama Kelantan malah berjaya menjaringkan gol di dalam beberapa perlawanan penting termasuk 1 gol ketika Kelantan menewaskan Terengganu 3-0 di Kuala Terengganu. 

Aksi cemerlang Izuan juga telah menarik minat Pengurus Kelab Pelita Jaya di mana pasukan itu seri dengan Kelantan hasil jaringan Izuan ketika aksi persahabatan di Kota Bharu. Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee bagaimanpun pantas menyedari bakat dan potensi yang di miliki oleh pemain muda ini lalu memutuskan untuk menyenaraikan beliau dalam pasukan Malaysia u-23.
  
Skuad Malaysia u-23 akan pulang ke Malaysia tanpa 3 orang pemain yang di ikat oleh kelab Vion Fc selama 3 bulan. Wan Zack Haikal, Irfan fazail dan Fadhli Sas akan menyambut hari raya di sana dan akan pulang mewakili negara apabila Malaysia menentang Jepun di dalam perlawanan kelayakan peringkat kumpulan.

 Daripada 7 perlawanan yang di sertai di Slovakia, Harimau Muda A atau Malaysia u-23 telah memenangi 5 perlawanan dan kalah 2. Mereka akan meneruskan aksi perlawanan persahabatan menentang skuad olimpik Oman pada 14 September dan kelab Al-Abil dari Iraq pada 9 September.