23 August 2011

MAN UNITED 3-0 TOTTENHAM HOTSPUR: MU BERPESTA GOL DI SEPARUH MASA

Danny Welbeck
Danny Welbeck penjaring gol pertama United


Anak tempatan dari Manchester, Danny Welbeck memulakan pesta gol di separuh masa kedua apabila Manchester United memberikan respon kepada saingan ‘terdekat dan jiran’ mereka; Manchester City, dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 3-0 di Old Trafford.

Malam tadi hampir menjadi suatu malam yang mengecewakan bagi pemain-pemain muda United sehinggalah Welbeck, anak muda  berumur 20 tahun dan di besarkan di Longsight,  tidak jauh dari sini, menanduk masuk bola hantaran Tom Cleverly pada minit ke 61

Welbeck turut terlibat dalam pembikinan gol kedua United apabila ‘back heel’ nya yang menarik disudahkan oleh Anderson diminit ke 76. Tottenham sudah pun tidak bermaya apabila Rooney melengkapkan kemenangan United diminit akhir perlawanan.


Keputusan ini meletakkan United di tangga kedua mengekori Manchester City yang mendahului liga dengan perbezaan gol. Walau pun hanya berada di peringkat awal liga, United jelas tidak mahu tunduk dengan kekuatan jentera serangan City seperti yang ditunjukkan City dalam beberapa perlawanan baru-baru ini.

Ferguson mengotakan janjinya untuk menurunkan Phil Jones dan Jonny Evans bagi menggantikan Ferdinand dan Vidic yang cedera, namun kejutan terbesar United datang dari bangku simpanan apabila Javier Hernandez di bawa masuk ke padang walaupun dia di jangka hanya akan pulih dari kecederaan dalam masa 2 minggu lagi.

Tottenham yang kehilangan Luka Modric yang di katakan tidak berada dalam keadaan ‘fikiran yang sepatutnya’ untuk bermain. Spurs bermula dengan berat namun langkah mereka makin yakin di separuh masa pertama apabila United kelihatan kehilangan arah.

Rafael Van der Vaart dan Niko Kranjcar lebih banyak menguasai bola di bahagian-bahagian penting padang, sementara David de Gea yang bermula dengan aksi kurang menyakinkan untuk United memilih masa yang terbaik untuk mempamerkan kebolehan dan bakatnya yang menyebabkan Ferguson membayar 18 juta pound bagi membawanya dari Atletico Madrid.

Translated & edited by MN