22 August 2011

MANCHESTER CITY 3-2 BOLTON WANDERERS: CITY DI PUNCAK LIGA


Manchester City's Edin Dzeko celebrates scoring what proved the decisive goal at Bolton Wanderers
Edin Dzeko menjaringkan gol ketiga City pada minit ke 47


Carlos Tevez kembali menyarung jersi Manchester City semalam tetapi anak-anak buah Roberto Mancini menunjukkan bahawa mereka tidak lagi perlu bergantung kepada pemain Argentina itu untuk mendapatkan gol. City mempamerkan permainan lancar dengan menewaskan Bolton Wanderers 3-2 dan mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Teves masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua namun ketika itu City sudah pun mendapat 3 gol hasil jaringan David Silva pada minit ke 26, Gareth Barry diminit ke 37 dan Edin Dzeko di awal babak separuh masa kedua. Dzeko dan Silva telah menunjukkan permainan yang mengagumkan  dan menjadi nadi serangan City.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan City di rencatkan oleh 2 gol Bolton Wanderers.  Ivan Klasnic mengurangkan defisit gol kepada 1-2 sejurus selepas jaringan cantik Gareth Barry dan Kevin Davies memperoleh gol terakhir perlawanan semalam pada minit ke 63.

Tuan rumah yang juga memenangi perlawanan pertama musim ini dengan jaringan 4-0 telah cuba sedaya upaya mereka untuk memberikan tentangan pada City namun jelas, Manchester City layak untuk pulang dengan 3 mata.

Sergio Aguero telah di senaraikan dalam kesebelasan utama semalam selepas persembahan yang mengagumkan ketika muncul dari bangku simpanan  pada minggu lepas, tetapi kali ini dia gagal untuk menjaringkan gol walaupun memiliki 2 peluang terbaik.

Kemasukkan Carlos Teves menggantikan rakan senegaranya, Sergio Aguero pada minit ke 68 di berikan tepukan dan sorakkan yang gemuruh oleh penyokong Manchester City walaupun Teves pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab tersebut. Namun Teves tidak begitu mengancam gol Bolton kecuali satu percubaan yang lemah di masa tambahan.
                                                                                                                                                                     
Translated & edited by MN.