7 August 2011

NANI HERO UNITED!!!

Nani wheels away in delight after drawing United level with a superb equaliser

You cant never write off United from the glory as it is their destiny!!!..

Nani telah menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan untuk memastikan United mempertahankan 'piala' pertama musim 2011-2012. United ketinggalan 0-2 di separuh masa pertama melalui tandukan cantik pertahanan City, Lescott pada minit ke 38 dan tendangan dari luar kotak penalti oleh pemain kelahiran Bosnia, Edin Dzeko di minit ke 45.

Bermula babak kedua United melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Vidic, Ferdinand dan Carrick, di gantikan dengan Evans, Jones, Cleverley. Usaha keras mereka untuk menyamakan kedudukan berhasil melalui jaringan di minit ke 52 oleh Chris Smalling yang menampan hantaran dari tendangan percuma yang di ambil oleh Ashley Young. United menyamakan kedudukan 6 minit kemudian melalui  Nani yang mudah memperdayakan penjaga gol City melalui satu gerakan yang menarik dari rangkaian serangan United.

Walaupun sekadar perlawanan yang tidak membawa sebarang mata dalam Barclays Premier League dengan peraturan pertukaran pemain yang melebihi 6 orang, Community Shield tetap di anggap penting oleh Sir Alex Ferguson dan Roberto Mancini. Untuk rekod, United juga memenangi Community Shield pada musim lepas dengan menewaskan Chelsea dengan jaringan 3-1.