8 August 2011

PENYERANG PAHANG SAH MILIK THE RED WARRIORS



Mohd Azamudin Mohd Akil di sahkan akan menyertai pasukan The Red Warriors secara pinjaman di dalam kempen Piala Malaysia 2011 yang akan bermula pada 6 September nanti. Menurut Redfcnews, beliau akan menyertai kem latihan bersama pemain-pemain Kelantan yang lain pada 9 Ogos. Lebih di kenali dengan nama timangan Alex atau Lepeh, beliau pernah bergandingan bersama penyerang sensasi Kelantan iaitu Norshahrul Idlan Talaha di dalam pasukan My Team pada tahunn 2008.

Peminat-peminat bola sepak Kelantan mengakui agak gusar dengan ketandusan rakan penyerang yang ampuh untuk bergandingan dengan Mat Yo. Penyerang yang sedia ada seperti Ramzul Zahini Adnan dan Nizad Ayub serta Khalid jamlus di dapati sukar untuk menjadi pasangan yang 'sempurna' dengan Mat Yo. Beliau di lihat sebagai calon terbaik bagi mengembalikan keyakinan peminat di dalam usaha Kelantan untuk mempertahankan Piala Malaysia.  Anak jati Pahang ini telah mencipta nama selaku pemain Piala Presiden Pahang pada tahun 2005 ketika berusia 20 tahun dan setelah berkelana ke beberapa pasukan luar, beliau akhirnya pulang ke pangkuan Tok Gajah.

Azamudin turut mencipta nama selaku penyerang yang berbahaya malah pernah menjaringkan 2 gol ketika pasukannya tewas 3-2 kepada Kelantan. Kegagalan Pahang untuk layak ke Piala Malaysia telah membuka pintu kepada Kelantan untuk 'meminjam' Alex yang turut ingin di pancing oleh pasukan jiran terdekat. Beliau akan di perkenalkan kepada peminat The Red Warriors dalam waktu terdekat.