9 August 2011

PERAK UMUM TIGA PENYERANG PINJAMAN UNTUK PIALA MALAYSIA



Perak akhirnya mengumumkan secara rasmi tiga pemain pinjaman yang bakal beraksi bersama skuad Kejor Yob Kejor itu dalam saingan Piala Malaysia, September depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, semua pemain berkenaan dipilih berdasarkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tempoh sesi pemilihan yang dibuat mulai akhir bulan lalu. Mereka ialah Mohd Hafiszuan Sallehuddin dari pasukan Perlis, Mohd Failee Mohamad Ghazali dari USM FC dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Rodin.

Semua pemain itu juga telah mula menjalani latihan bersama pemain lain di bawah kendalian ketua jurulatih, Norizan Bakar sejak beberapa hari lalu.
Zainol berkata, ketiga-tiga pemain berkenaan sudah pun menjalani latihan sehingga ke hari ini dan mereka akan di turunkan apabila Perak mengadakan perlawan persahabatan menentang Selangor sebagai persediaan menghadapi Piala malaysia di mana mereka akan memulakan kempen mereka dengan menentang Sabah di Stadium Likas.

Muhammad Failee ialah seorang pemain penyerang dan telah menjaringkan 11 gol dalam saingan liga Perdana, Mohd Hafiszuan ialah pemain di bahagian pertahanan dan Mohd Rafiuddin pula  di bahagian tengah.