9 August 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA-PIALA MALAYSIA 2011


Dengan kehangatan Piala Malaysia 2011 yang kian terasa, tiga pasukan dari liga super iaitu Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor akan mengadakan perlawanan persahabatan pada 14 Ogos 2011 dan 17 Ogos 2011 ini bagi mempersiapkan pasukan masing-masing. Menurut Rednewsfc, Tan Sri Anuar Musa memaklumkan bahawa Kelantan akan bertandang ke Stadium Cheras  terlebih dahulu pada Ahad dan kemudian ke Shah Alam pada hari Rabu. 

Perlawanan persahabatan ini adalah peluang terbaik bagi semua pasukan telibat bagi mempamerkan aksi setelah berehat panjang setelah tamat persaingan Liga Super baru-baru ini. Kelantan di jangka akan menurunkan semula pemain-pemain mereka yang terlibat dengan latihan skuad kebangsaan iaitu Shakir Shaari, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid dan S.Chanturu. Namun, kelibat Norshahrul Idlan Talaha berkemungkinan besar masih tidak akan kelihatan kerana masih belum pulih daripada kecederaan hamstring yang di alaminya. Walau bagaimana pun, kem Kelantan akan di perkuatkan oleh penyerang terbaru mereka yang di pinjam daripada Pahang iaitu Azamudin Mohd Akil.

Sementara itu, Selangor yang masih segar dari kejayaan menewaskan skuad Harimau Malaya dengan jaringan 1-0 tempoh hari pasti juga akan memberikan persembahan yang menarik di dalam perlawanan ini nanti. Dengan di perkuatkan oleh 3 pemain pinjaman mereka iaitu G.Jeevanathan (penjaga gol), Muhammad Nazri Ahmad dan Haziq Zikri. Nazri merupakan pemain pertahanan dan Haziq di bahagian serangan. Mereka di pinjam daripada skuad Harimau Muda B dan di jangka akan dapat membantu Selangor dalam usaha mereka  untuk merampas kembali Piala Malaysia daripada juara bertahan, Kelantan.