11 August 2011

PIALA MALAYSIA 2011; KELANTAN TANPA KHAIRUL FAHMI DAN IZUAN

 

Kelantan terpaksa memulakan  4 perlawanan awal Piala Malaysia tanpa kelibat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain muda, Izuan Solahuddin . Perlawanan tersebut adalah menentang Sarawak; 6 September, Johor; FC 10 September ,Felda United; 14 September  dan Sarawak; 18 September.

Pemain ini di jangka akan pulang ke skuad The red Warriors untuk aksi bertemu Johor FC di Pasir Gudang pada 24 September dan Felda United di Kota Bharu pada 27 September. Kelantan bagaimana pun menjangka tidak akan menghadapi masalah yang besar dengan ketiadaan 2 orang pemain ini kerana Kelantan turut mempunyai beberapa pemain lain yang boleh mengisi kekosongan tersebut.

Penjaga gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail akan menggalas tugas mempertahankan gawang Kelantan.  Aksi tangkas beliau sewaktu di turunkan ketika menewaskan Terengganu 3-0 dalam saingan Liga Super  baru-baru ini menyakinkan peminat dan pihak pengurusan Kelantan.

Izuan Solahuddin, pemain muda berbakat yang di serapkan dari pasukan Piala Presiden ke pasukan utama Kelantan telah mendapat kepercayaan dari Ong Kim Swee untuk mewakili Negara. Dengan kemasukkan 2 penyerang baru dari Pahang dan pemain-pemain yang sedia ada, The Red Warriors di jangka akan mampu melepasi peringkat kumpulan selaku pilihan untuk menjuarai kumpulan C.

Selain apek dan Izuan, lima lagi pemain-pemain negeri lain terlibat dengan kem latihan pusat Harimau Muda  ialah Fakri Saarani, Zubir Azmi, Faizal Abu Bakar, Ahmad Hazwan Bakri dan Azrif Nasrul-Haq. Ia sebagai persiapan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun di Tosu, Fukuoka pada 21 September depan.