25 August 2011

Pra Piala Malaysia: Kelantan 3- 1 T-Team.

Mat Yo dikasari oleh Rosdi Talib untuk penalti Kelantan yang di sempurnakan oleh Piya.
Foto: J-Fotografi


Kelantan berjaya menewaskan 'boogie team' mereka dalam saingan Liga Super yang lalu iaitu T-Team dengan jaringan selesa 3-1 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi. Ini adalah perlawanan persahabatan yang ke 4 bagi Kelantan di dalam persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia 2011.

Kelantan beroleh gol yang pertama apabila penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha di jatuhkan oleh Kapten T-Team, Rosdi Talib di dalam kotak penalti untuk Piya tenang memastikan gol untuk Kelantan pada minit ke-14.

Selepas itu T-Team cuba bangkit dan menggandakan asakan sehinggalah mereka turut mendapat satu sepakan penalti yang di sempurnakan oleh Fitri Omar pada minit ke 25. Kemudian kelantan kelihatan lebih menguasai perlawanan dan melancarkan serangan demi serangan dan hasilnya, pada minit ke 37, Alex atau Azamuddin Akil berjaya menjaring gol ke dua Kelantan yang berpunca dari hantaran S. Chanturu.

Kapten Kelantan, Badri radzi atau Piya berjaya menjaringkan gol ke tiga Kelantan setelah beliau berjaya memperdayakan 4 orang pemain T-Team sebelum melepaskan saru rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke 63.

Tertekan dengan penguasaan tuan rumah, T-Team bertindak mengeluarkan  Haris Safwan dan penjaga gol, Jibrail dan memasukkan Zairo Fitri dan Azman Hariri. Namun ia tidak berupaya menyekat Kelantan dari terus mengasak gol Terengganu dan Kelantan turut mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol melalui percubaan Piya dan Mat Yo yang di selamatkan oleh penjaga gol T-Team.

Pemain yang mencuri tumpuan penyokong-penyokong Kelantan pada malam ini ialah Alex yang mempamerkan persembahan yang baik serta dapat berganding cemerlang bersama Mat Yo dan Badri Radzi. Alex kelihatan tenang dan hantarannya dengan Mat Yo dan Piya kerap mengucar-kacirkan pertahanan T-Team.

Malam ini juga merupakan penampilan pertama Alex bersama skuad Kelantan di Kota Bharu. Sebelum ini Alex telah berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan persahabatan ketika bertemu Kuala Lumpur dan Selangor. Keputusan malam ini sudah tentu akan menceriakan kem Kelantan di dalam persiapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia 2012.


Kesebelasan Utama Kelantan:
Shahrizan, Subra, Farisham, Shakir, Norsharul, Nurul Azwan Roya, Mohd Aziz Ismail, Mohd Daudsu, Mohd Badri Radzi (C), Chanturu, Azamuddin Akil

Kesebelasan Utama T. Team:
Azizi, Norfadzly, Subri, Zairo Anuar, Norfarhan, Indra Putra, Tg Hasbullah, Rosdi Talib (C), Shamsul Kamal, Mohd Fitri, Mohd Jibrail (GK)