23 August 2011

QUEENS PARK RANGERS SEDIA UJI APEK DAN SAFEE






Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa kelab dari liga perdana Inggeris yang baru sahaja di miliki oleh rakyat Malaysia melalui syarikat Tune Sports Sdn, Bhd bersedia untuk memberikan peluang kepada pemain negara bagi mengikuti latihan bersama kelab tersebut.


Dua pemain kebangsaan yang di nyatakan bakal di uji bersama kelab itu ialah penyerang berbisa negara iaitu Safee Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Dua pemain ini boleh di anggap sebagai antara bakat luar biasa kelahiran tempatan yang menyinar semasa kejohanan Piala Suzuki AFF dan kelayakan Olimpik.


Safee Sali merupakan satu-satunya pemain bola sepak negara yang bermain di luar negara dan jejak langkahnya akan turut di ikuti oleh pemain-pemain negara yang lain. Khairul Fahmi Che Mat merupakan benteng terakhir pasukan Kelantan yang baru sahaja menjuarai Liga Super baru-baru ini.


Jika di lihat kepada prestasi semasa kedua-dua pemain ini, mereka mungkin mempunyai peluang yang baik untuk terpilih menyertai pasukan Queens Park Rangers yang baru sahaja di naikkan kembali ke Liga Perdana Inggeris pada musim ini.


Untuk rekod, Malaysia masih belum mempunyai sebarang pemain bola sepak profesional yang beraksi di dalam Liga Perdan Inggeris. Walau bagaimana pun, jiran terdekat Malaysia, iaitu Thailand pernah mempunyai wakil di Liga Perdana Inggeris apabila kelab Manchester City di beli oleh bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada tahun 2007. 


Thaksin bertanggung jawab membawa masuk Suree Sakha, pemain pertahanan kebangsaan Thailand untuk beraksi bersama Manchester City.

by mn.