28 August 2011

REDFCNEWS: ANALISA LENGKAP PRA PIALA MALAYSIA KELANTAN



Kelantan mengharungi lima perlawanan persahabatan sempena persiapan Piala Malaysia 2011.

Tiga perlawanan diharungi di sekitar Lembah Klang, satu di Kota Bharu dan yang terbaru, di Songkhla, Thailand.

Sepanjang menyertai Pra Piala Malaysia, Kelantan menjaringkan 11 gol, bolos 1 gol dengan enam pemain berbeza melakukan jaringan kepada Sang Kijang.

Jaringan terbesar dilakukan ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0, tiga perlawanan dilalui dengan keputusan 1-0 dan bolos satu gol ketika menang 3-1 keatas T-Team.

Azamuddin Akil menjadi pemain paling konsisten selaku penjaring utama Kelantan apabila meledak empat gol dalam empat perlawanan, manakala ketua pasukan, Mohd Badri Radzi menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan.



ANALISIS PERLAWANAN, KEPUTUSAN DAN SENARAI PENJARING GOL


Kelantan 5-0 Kuala Lumpur
14 Ogos 2011 : Stadium Selayang

Perlawanan kompetetif pertama buat pasukan Kelantan selepas berkumpul kembali dalam satu pasukan beberapa hari sebelum itu. Pada perlawanan ini, The Red Warriors menurunkan sebahagian besar pemain utama berjaya menjaringkan lima gol tanpa balas keatas skuad warga Kota. Keseluruhan perlawanan dikuasai Kelantan sepenuhnya apabila menguasai 55% posisi bola dengan melakukan 24 percubaan sepanjang 90 minit masa perlawanan. Dua jaringan dilakukan pada babak pertama, dan tiga gol lagi ditambah pada separuh masa kedua.

Kesebelasan Utama:
Halim Napi (Gk), Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi, S.Subramaniam, Aziz Ismail, S. Chanturu, Azwan Roya, Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Norshahrul Idlan dan Azamudin Akil.



Kelantan 1-0 Selangor
17 Ogos 2011 : Stadium Shah Alam

Perlawanan kedua yang diatur menemukan Sang Kijang melawan Gergasi Merah Kuning di Stadium Shah Alam. Perlawanan berkesudahan Kelantan menang 1-0 dalam perlawanan mendebarkan. Ternyata kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menghiburkan apabila saling mengasak untuk melakukan jaringan. Nasib lebih menyebelahi The Red Warriors apabila jaringan Azamuddin pada awal babak pertama memisahkan keputusan perlawanan kedua-dua pasukan. Perlawanan seimbang ditunjukkan dengan Kelantan dilihat menguasai babak pertama apabila melakukan banyak percubaan kearah pintu gol Selangor namun terpaksa bertahan dengan hebat pada keseluruhan 45 minit babak kedua.

Kesebelasan Utama:
Shahrizan Ismail (Gk), Shakir Shaari (Khairan Ezuan), Solehin Kanasian (Nidzad Ayub), Daudsu Jamaludin, Badri Radzi, Rizal Fahmi (Nik Shahrul Azim), S. Subramaniam, S. Chanturu (Aris Zaidi), Norshahrul Idlan Talaha (Ramzul Zahini), Azamudin Akil (R. Surendran) dan Aziz Ismail.



Kelantan 1-0 Polis DRM
18 Ogos 2011 : Stadium Selayang

Perlawanan ketiga selang sehari selepas menang keatas Selangor menyebabkan barisan pengendali terpaksa menurunkan barisan simpanan untuk melawan Polis. Permulaan perlahan ditunjukkan pada babak awal menyebabkan keseluruhan perlawanan menjadi sangat hambar. Hanya jaringan Nidzad Ayub hasil gerakan Surendran pada minit terakhir separuh masa pertama meletakkan Sang Kijang di posisi kemenangan. Corak permainan tidak serasi selain kurang persefahaman para pemain lebih memburukkan keadaan. Hanya kecemerlangan Shahrizan Ismail dapat mengekalkan keputusan perlawanan sehingga ke wisel penamat. Polis menggunakan sepenuhnya ketidak serasian The Red Warriors dengan melakukan 14 percubaan berbanding 12 untuk Kelantan namun skuad ibu kota gagal menjaringkan sebarang gol.

Kesebelasan Utama:
Shahrizan Ismail (GK) (c), Nik Mohd Shahrul Azim (S. Subramaniam), Khairan Ezuan, Khairan Eroza, Wan Rohaimi Ismail, Nidzad Ayub (Aris Zaidi), R. Surendran (Aziz Ismail), Danial Fadly (Wan Zaman) Khairul Izuan Rosli (Norshahrul Idlan), Solehin Kanasian dan Ramzul Zahini Adenan.



Kelantan 3-1 T-Team FC
24 Ogos 2011 : Stadium Sultan Muhamad Ke-IV

Permusuhan tradisi sejak setahun lepas berlarutan sehingga ke perlawanan persahabatan keempat Kelantan. Perlawanan berkesudahan Sang Kijang garang membenam lawan 3-1 dihadapan hampir 10k penyokong setia. Dua jaringan pada babak pertama dan satu gol dilengkapkan pada separuh masa kedua memadamkan satu jaringan penyamaan T-Team pada pertengahan babak pertama. Sang Kijang menguasai 55% posisi bola dengan melakukan 16 percubaan kearah pintu gol T-Team ketika pihak lawan terpaksa bergantung  harap kehandalan pertahanan dan penjaga gol untuk mengelakkan gawang dari terus dibocori.

Kesebelasan Utama:
Mohd Shahrizan Ismail (Gk), S. Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya (Khairan Ezuan Razali), Aziz Ismail, Daudsu Jamaluddin, Mohd Badri Radzi (Kp) (Khairul Izuan Rosli), S. Chanturu (Ramzul Zahini Adenan) dan Azamuddin Mohd Akil.



Kelantan 1-0 Songkhla FC
26 Ogos 2011 : Stadium Tinsulanon

Perlawanan kelima dan terakhir Kelantan hanya berlangsung 33 minit sebelum dibatalkan ekoran masalah lampu limpah tidak berfungsi di Stadium Tinsulanon. Gol jaringan Azamuddin pada 19 minit pertama kekal tanpa dapat diteruskan selepas pengadil tegas menghentikan permainan. Perlawanan dikhabarkan lebih banyak berpihak kepada The Red Warriors apabila melakukan banyak serangan pantas kearah kubu pasukan Songkhla memaksa mereka bertahan di hadapan penyokong sendiri. Serangan demi serangan akhirnya membuahkan satu gol dan ketika perlawanan mula berlangsung dengan lancar, lampu limpah terpadam memaksa perlawanan terus dihentikan. Kelantan menguasai 60% perlawanan dengan melakukan 5 percubaan tepat berbanding Songkhla hanya dapat melakukan 2 percubaan sahaja sepanjang perlawanan berlangsung.

Kesebelasan Utama:
Mohd Shahrizan Ismail (Gk), Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi Rosid, S.Subramaniam, Aziz Ismail, Shakir Shaari, Mohd Badri Radzi (Kp), Nurul Azwan Roya, S.Chanturu, Azamuddin Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

Sumber: RedsfcNews