10 August 2011

SEORANG LAGI PENYERANG PAHANG SERTAI THE RED WARRIORS





Selepas meminjam khidmat penyerang Pahang Azamuddin Md Akil, Kelantan sekali lagi meminjam seorang lagi penyerang dari pasukan Pahang iaitu R Surendran untuk memperkuatkan lagi barisan serangan The Red Warriors.

Posisi serangan Kelantan hanya bergantung kepada Shahrul Idlan selepas pemain muda seperti Ramzul dan Nizad gagal menyerlah dan diharapkan dengan kemasukan Azamuddin dan R Surendran mampu memberi sinar baru dalam posisi serangan Red Warriors.

Kelantan kini mempunyai 6 Penyerang di ketuai oleh Norshahrul idlan talaha, Ramzul Zahini, Khalid Jamlus, Nizad Ayub, Azamuddin Akil dan R Surendran.

Untuk rekod, Surendran juga merupakan bekas pemain kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar pada 2006, dan anggota skuad Perak yang menjuarai Liga Perdana 1 (2003), Piala FA (2004), Piala Sumbangsih (2005 & 2006), selain menjuarai Piala FA (2009), dan Liga Super (2009 & 2010) bersama Selangor.

Biodata R Surendran
Nama : Surendran a/l Rasiah
Tarikh Lahir : 26 Oktober 1982
Asal : Perak
Pasukan Terdahulu : Perak & Selangor

Sumber: Kelantan FA.com