16 August 2011

SERGIO AGUERO BINTANG BARU LIGA PERDANA INGGERIS


Sergio Aguero telah menjaringkan 2 gol di dalam penampilan pertamanya bersama Manchester City. Debut hebat seperti ini membayangkan akan potensi besar yang di miliki oleh penyerang milik jiran terdekat Manchester United ini.

Penyerang yang di beli dari Atletico Madrid dengan nilai 38juta pound tersebut masuk menggantikan Nigel De Jong pada separuh masa kedua selepas Edin Dzeko menjaringkan gol pertama City pada minit ke 57.

Sejurus selepas di masukkan, Aguero tidak menunggu lama untuk mengancam gol Swansea dengan larian lincah dan percubaan yang berjaya di selamatkan oleh penjaga gol Swansea. Aguero menggandakan jaringan City apabila hantaran Micah Richards dapat di tampan masuk pada minit ke 68.

3 minit kemudian Aguero sekali lagi bertindak cemerlang apabila membuat hantaran cantik yang melepasi penjaga gol Swansea untuk di sudahkan oleh David Silva untuk City selesa mendahului Swansea 3-0.  Debut dramatik Aguero di sempurnakan apabila dia menjaringkan gol melalui rembatan deras yang menerjah jaring City pada masa tambahan.

Sergio Aguero pada mulanya di beli sebagai pengganti kepada rakan senegaranya, Carlos Teves yang berhajat meninggalkan City sebelum ini. Dengan pembatalan niat Teves untuk berpindah, Aguero di jangka akan dapat membentuk rangkaian serangan yang hebat bersama Teves .

Dengan kualiti barisan bintang yang di miliki oleh  Manchester City pada musim ini, mereka sewajarnya layak di letakkan sebagai pencabar utama kepada United di dalam persaingan EPL musim 2011/2012.