25 August 2011

Terlepas Piala FA & Liga Super; Selangor Mahu Juarai Piala Malaysia 2011


Selangor Red Giants Bags Charity Shield 2010
Selangor juara Liga Super & Piala Sumbangsih pada musim 2010

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hanya untuk muncul juara Piala Malaysia 2011 setelah gagal meraih sebarang gelaran dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Yang tinggal untuk menjadi buruan mereka kini ialah Piala Malaysia.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad menjelaskan bahawa sasaran hidup mati itu dibuat setelah Selangor gagal meraih trofi Liga Super dan Piala FA musim ini.

"Selangor wajib memenangi Piala Malaysia musim ini," kata Mokhtar pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAS bersama media di Hotel Quality, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Selangor sudah pun menang Piala Malaysia sebanyak 32 kali tetapi mereka juga sudah lebih lima tahun tidak memenangi Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2005.

Bagi jurulatih Selangor, K. Devan pula, sasaran tersebut tidak menjelmakan tekanan biarpun sedar jawatannya itu berada dalam bahaya andai gagal membawa pulang kejuaraan.

"Bagi saya, tiada tekanan. Apabila kita gagal memenangi sebarang trofi musim ini, ia telah memberi semangat yang lebih kuat kepada para pemain untuk bersaing dalam Piala Malaysia.

"Kita juga dapat menurunkan pasukan terkuat selepas pemain-pemain yang cedera sebelum ini sudah boleh diturunkan kecuali Khairul Anuar Baharom," kata Devan.

Pada saingan Piala Malaysia 2011, Selangor diletakkan dalam Kumpulan D bersama T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 6 September depan.

Sebagai persiapan terakhir, Selangor turun menentang Sime Darby di Stadium Shah Alam malam tadi dalam satu aksi persahabatan dan Sabtu ini mereka akan menguji kekuatan dengan Negeri Sembilan di Paroi.

Kosmo Sukan