13 September 2011

B. Sathianathan berhijrah ke ATM




B. Sathianathan atau lebih di kenali dengan gelaran ‘Abe Ya’ di kalangan penyokong Kelantan  di laporkan akan menjadi jurulatih bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia untuk musim hadapan.

Berita ini pasti sedikit akan mendukacitakan segelintir penyokong Kelantan yang masih berharap agar Abe Ya kembali mengemudi pasukan The Red Warriors.

Abe Ya yang tamat tempoh penggantungan 6 bulan daripada hukuman FAM di atas kritikannya telah di lantik sebagai ketua di dalam program pembangunan bakat bola sepak Kelantan yang di kenali sebagai Army oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Namun reputasi dan status Abe Ya sebagai seorang bekas jurulatih pasukan kebangsaan dan negeri yang menjuarai Piala Malaysia, Abe Ya di lihat lebih layak untuk kembali ke 'Padang' dan melatih pasukan untuk sesuatu pejohanan yang lebih kompetitif.

Beliau yang mengambil alih tugas jurulatih Kelantan pada tahun 2009 setelah The Red Warriors di tinggalkan oleh Peter Butler dan telah berjaya membawa Kelantan ke final Piala Malaysia dua tahun berturut-turut iaitu pada 2009 dan 2010.

Kelantan yang selepas itu di bimbing oleh Dato' M. Karathu telah mempamerkan prestasi cemerlang pada saingan liga super 2011 dan telah menjuarai Liga Super dan ke final Piala FA. Beliau yang di lantik bagi menggantikan tempat Abe Ya di lihat mampu untuk meneruskan kecemerlangan dan membawa kejayaan kepada Kelantan.

Walau pun M. Karathu kerap di kritik oleh segelintir penyokong Kelantan yang kurang senang dengan cara pemilihan pemain dan taktikal beliau sepanjang saingan Liga Super yang lalu, beliau berjaya menjawab semua kritikan itu dengan membawa kejuaraan Liga Super 2011 untuk kali pertama bagi Kelantan.

Peminat dan penyokong The Red Warriors harus merelakan pemergian Abe Ya dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada Dato' M. Karathu untuk mencipta lebih banyak 'sejarah' di dalam bola sepak Kelantan.


Abe Ya turut di khabarkan bakal menerima suntikan modal sebanyak RM10 juta bagi membawa masuk nama-nama besar di dalam bola sepak negara untuk pasukan barunya.