24 September 2011

JOHOR FC 1-1 KELANTAN: THE RED WARRIORS KE SUKU AKHIR

Azamuddin Akil akhiri kemarau gol. Foto: Shazli TRW
Azamuddin Akil memilih untuk melakukan jaringan pertamanya untuk Kelantan di dalam saingan Piala Malaysia pada waktu yang tepat apabila golnya telah membawa Kelantan ke suku akhir Piala Malaysia.

Beliau yang lebih di kenali dengan gelaran 'Alex' telah kemarau jaringan di dalam 4 perlawanan terdahulu walaupun tampil berbisa semasa perlawanan pra-Piala Malaysia.

Kelantan yang hanya memerlukan satu mata untuk layak ke suku akhir bagaimanapun di kejutkan oleh jaringan awal oleh Akmal Mohamad pada minit ke 2 bagi Johor FC mendahului 1-0. Khairul Fahmi Che Mat tertewas apabila bola tendangan Akmal terbias pada kaki Farisham dan menerjah jaring.

Hasil dari asakan yang berterusan, gol penyamaan Kelantan hadir di minit ke 8 apabila Azamuddin Akil bijak menampan bola hantaran Norshahrul Idlan dan kedudukan 1-1 kekal sehingga ke akhir perlawanan.

Kelantan kembali menerajui kumpulan C dengan 10 mata dan pesaing terdekat, Felda United turun ke tempat ke 2 apabila tewas kepada Sarawak 0-1 di Kuching.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung di Kota Bharu apabila Kelantan akan turun menentang Felda United pada 27 September untuk menentukan siapakah yang akan mendahului kumpulan C dan bakal bertemu dengan Negeri Sembilan atau Terengganu yang turut layak ke suku akhir.