28 September 2011

KELANTAN 2-0 FELDA UNITED: WARRIORS BAKAL BERTEMU PENYU DI SUKU AKHIR

Norshahrul di puncak prestasi untuk Piala Malaysia


Kelantan berpeluang untuk membalas kekecewaan Piala FA 2011 yang terlepas ke tangan pasukan jiran terdekat mereka, Terengganu setelah ke dua-dua pasukan akan bertemu semula didalam saingan Suku Akhir Piala Malaysia 2011.

Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha memastikan tiket suku akhir untuk Kelantan apabila menjaringkan 2 gol di minit ke 61 dan 71. Penguasaan perlawanan memihak kepada tuan rumah dan kemenangan ini sekaligus membalas kekalahan kepada Felda United pada pusingan pertama baru-baru ini.

                                           Video jaringan Norshahrul

Misi mempertahankan Piala Malaysia yang di menangi pada tahun lepas kelihatan mencabar dan menarik pada musim ini bagi Kelantan apabila terpaksa bertemu dengan pasukan-pasukan pilihan seperti Terengganu, Selangor dan Perak.

Jika Kelantan Berjaya menewaskan Terengganu di peringkat suku akhir, saingan di peringkat separuh akhir nanti mereka akan bertemu pemenang di antara Selangor atau Perak.

Selangor dan Perak yang di belenggu masalah dalaman yang kritikal telah bangkit dan membuktikan mereka layak dan mampu meneruskan saingan dan harapan peminat mereka.

Perak muncul juara kumpulan dan muncul satu-satunya pasukan yang tidak tewas sepanjang saingan Piala Malaysia walaupun kehilangan 5 tonggak utama yang di gantung. Selangor pula menghidupkan kembali Misi 33 mereka setelah kehilangan jurulatih K.Devan yang meletak jawatan.

Perlawanan pertama Suku Akhir akan di adakan pada 10 Oktober dan perlawanan kedua pada 14 Oktober.