11 September 2011

KELANTAN 2 - 1 JOHOR FC: RAMZUL MUNCUL PENYELAMAT


Kelantan meneruskan rentak kemenangan dalam misi mempertahankan Piala Malaysia dengan mengalahkan -Johor FC dengan jaring 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam ini.

Permainan yang di langsungkan dalam keadaan hujan dan padang yang basah sedikit merencatkan kerancakkan perlawanan namun pasukan pelawat kelihatan berupaya mengimbangi kekuatan pasukan tuan rumah.

Penguasaan permainan adalah seimbang tetapi pelawat terlebih dahulu mendahului tuan rumah melalui gol jaringan bekas pemain kebangsaan, Eddy Helmi pada minit ke 12 selepas berlaku sedikit situasi kelam kabut di hadapan gol Kelantan.


Tersentak dari gol pendahuluan pelawat, Kelantan menggandakan asakan ke pintu gol pasukan Johor FC dan gol penyamaan hadir pada minit ke 16 melalui jaringan pemain tengah Kelantan, Mohd Shakir Shaari yang melepaskan rembatan kencang di luar kotak penalti dan terbias pada kaki pemain Johor FC.


Keputusan Dato' M.Karathu untuk mengeluarkan Shakir dan Azamudin Akil pada separuh masa ke dua dan memasukkan Khairan Eroza dan Ramzul Zahini di lihat telah dapat mengembalikan tenaga di bahagian tengah dan hadapan Kelantan. 

Gol kemenangan Kelantan hadir melalui penyerang gantian, Ramzul Zahini Adnan pada minit ke 88 dan memberikan Kelantan 3 mata untuk selesa mendahului kumpulan C dengan 6 mata.


Kelantan akan bertemu dengan pasukan Felda United pada Rabu ini di Stadium Selayang.