21 September 2011

MALAYSIA 0-2 JEPUN: KETANGKASAN APEK DI AKUI



KUALA LUMPUR, Kepantasan dan hantaran-hantaran tepat yang dipamerkan pemain Jepun nyata memberi kelebihan untuk mereka melakukan asakan bertali arus, sekaligus berjaya membenam Malaysia 2-0.

Samurai Biru hampir menguasai keseluruhan permainan dalam pertemuan Kumpulan C Zon Asia, Kelayakan Olimpik di Stadium Tosu itu, malah corak yang ditunjukkan mereka memaksa Malaysia bermain secara bertahan.

Separuh masa pertama menyaksikan Jepun mendahului Malaysia 1-0 hasil rembatan Keigo Higashi pada minit ke-10.

Pemain Malaysia melangkah lesu setelah tewas 0-2 kepada Jepun
Pada babak kedua, skuad bimbingan Ong Kim Swee menunjukkan peningkatan untuk mengekang kemaraan Jepun dan jarang-jarang berjaya memecahkan kubu lawan.

Dalam misi Malaysia mencari gol, Ryohei Yamazaki pula muncul menambah jaringan Jepun pada minit ke-76, hasil gerakan cantik di depan pintu gol Malaysia untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. 

Bagaimanapun, Khairul Fami yang juga kapten pasukan pastinya menjadi nama yang disebut-sebut apabila kerap menggagalkan percubaan demi percubaan Jepun.

Paling menarik, pada saat-saat akhir permainan di separuh masa pertama, Khairul Fahmi berjaya menangkis percubaan penyerang Jepun dalam pertemuan satu lawan satu dengan pemain itu.


Nadi Arena