15 September 2011

PEMAIN KELANTAN YANG 'TIDUR' DI PANGGIL MENGADAP TSAM


KUALA LUMPUR, - Beberapa pemain Kelantan akan dipanggil oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas mempamerkan aksi kurang memuaskan dalam tiga perlawanan Piala Malaysia.
Perkara itu dijelas oleh Presiden (KAFA), Tan Sri Annuar Musa selepas menyaksikan kekalahan 0-2 kepada pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium  Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.
"Walaupun Kita mencatat dua kemenangan dalam perlawanan terdahulu, tetapi kita masih bermain "below par" (bawah kemampuan), tetapi malam ini ia semakin  jelas. Ia mungkin akibat daripada rehat yang panjang.
"Ada beberapa pemain yang sedikit leka dengan bermain bawah kemampuan mereka. Jadi pihak kami akan memanggil mereka secara perseorangan untuk mendapat penjelasan.
"Di Kelantan, kita mempunyai penanda aras tersendiri untuk meneruskan kecemerlangan bola sepak di sini," katanya.
Ditanya samaada Kelantan tertekan dalam saingan Piala Malaysia apabila membawa gelaran juara bertahan, Annuar berkata: "Tidak. Kami pengabaikan perasaan itu, sebaliknya terus berusaha untuk mendapat tempat di suku akhir.
"Pun begitu, kami mensasarkan akan ke final sekali lagi pada tahun ini," tambahnya.
Dalam aksi terdahulu, Kelantan mencatat kemenangan ke atas Sarawak 2-0 dan Johor FC 2-1.

Nadi Arena