14 October 2011

KELANTAN TENANG DALAM TEKANAN


Ismail, Shakir dan Aziz di gantung ekoran kad merah yang di terima

Ketinggalan dua jaringan, Kelantan tiada pilihan lain untuk sekurang-kurangnya merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Terengganu jika berhasrat untuk menempah tiket ke separuh akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.
Tiada medan lebih sesuai buat Kelantan untuk menebus maruah dan menghidupkan peluang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia apabila memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Meskipun tewas 3-1, jaringan yang diperoleh Kelantan ketika beraksi di Kuala Terengganu Isnin lalu memberi sinar harapan buat The Red Warriors.
Objektif Kelantan pada pertemuan timbal balik adalah hanya untuk memastikan gawang mereka tidak di bolisi disamping misi memburu jaringan awal.
Pada aksi suku akhir pertama tempoh hari, Terengganu mencatat kemenangan dengan 3 jaringan daripada Ismail Faruqi, Abdul Manaf Mamat dan Marzuki yusof, sementara Kelantan meraih gol menerusi jaringan Mohd Badri Radzi.
Kehilangan dua pemain tonggak yang digantung Daud Su, Jamlauddin dan Shakir Shaari juga tampak mampu ditangani Datuk M. Karatahu yang memiliki pemain lain untuk mengisi kekosongan mereka.
Namun tugas berat kini ditanggung jentera serangan Kelantan yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha selain kapten pasukan Badri Radzi yang mampu menyumbangkan jaringan buat pasukan.
Dengan Kelantan sering kali membuktikan mengapa mereka juara Liga Super musim ini hasil kebangkitan di lewat permainan, kemenangan ke atas Terengganu bukanlah sesuatu yang mustahil.
 
Astro Arena saluran 801 akan membawakan secara langsung aksi Kelantan menentang Terengganu dari Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat, bermula jam 8 malam.

nadi arena