7 October 2011

MALAYSIA 0-5 AUSTRALIA : HARIMAU MALAYA TUNDUK MUDAH PADA KANGGARU


KUALA LUMPUR, Skuad negara gagal mempamerkan aksi menarik malah terpaksa akur dengan kekalahan 5-0 keatas jaguh asia, Australia dalam pertemuan persahabatan yang berlangsung di Stadium Canberra, Australia, sebentar tadi.
Sepanjang 90 minit permainan berlangsung, Malaysia hanya bermain bertahan dan sering melakukan kesilapan yang menyebabkan penyerang lawan mudah melepasi kubu negara.
Skuad bimbingan K. Rajagobal turut dilihat terpukau dengan aksi dan hantaran-hantaran 1-2 pemain Australia biarpun di dalam kubu sendiri.
Malaysia dihukum seawal minit ke-3 menerusi Luke wilkshire hasil sentuhan mudah selepas menerima hantaran pendek dari rakan sepasukan.
Pada minit ke-33,  Josh Kennedy tampil menghadiahkan gol kedua untuk Australia, sebelum Alex Brosque pula menjaringkan gol ketiga pada minit ke-45.

Di minit 45, Josh Kennedy sekali lagi muncul menjaringkan gol, sekaligus memberi keyakinan besar buat Australia menamatkan permainan di separuh masa pertama dengan kedudukan 4-0.
Di separuh masa kedua, Rajagobal bertindak menukar penjaga gol dengan membawa masuk  Farizal Marlias untuk menggantikan Khairul Fahmi Che Mat, namun tiada perubahan besar dalam mutu permainan, selain menyaksikan kesilapan demi kesilapan hantaran yang dilakukan barisan pemain.
Gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk memburu gol tidak kesampaian, sebaliknya Australia melengkapkan kemenangan mereka apabila Alex Brosque merembat masuk gol kelima Australia pada minit ke-68.


Nadi Arena