14 October 2011

TERENGGANU 2-2 KELANTAN: SAHA JELAS BERBISA

Saha menjaringkan 2 gol di Kota Bharu


Kelantan mengakhiri kempen Piala Malaysia musim 2011 di  peringkat suku akhir dan tewas pada pasukan jiran terdekat, Terengganu dengan agregat 5-3.

Kelantan yang bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke pintu gol Terengganu namun semua asakan Kelantan berjaya di serap oleh barisan pertahanan Terengganu yang di kemudi oleh kaptennya, Marzuki Yusof.

Peluang Kelantan hadir seawal minit ke 4 namun tandukan Azamuddin Akil tinggi melewati palang. 6 minit kemudian rembatan deras kapten Kelantan, Piya turut terkena palang gol walaupun Sharbinie Alawi  sudah tertewas.

Di sebalik penguasaan Kelantan, Terengganu yang banyak bertahan berjaya mengejutkan tuan rumah dengan serangan balas yang di sudahkan dengan tenang oleh Ashaari Samsuddin diminit ke 17. 

Ashaari sekali lagi membuktikan kehebatannya diminit ke 39 dengan menjaringkan gol ke 2 Terengganu melalui gerakan yang hampir sama sekaligus menyulitkan harapan tuan rumah untuk mencari gol awal.

Peluang terbaik Kelantan pada separuh masa pertama untuk mendapatkan gol penyamaan datang melalui rembatan cantik Norshahrul Idlan Talaha yang di selamatkan oleh Sarbinie dan tendangan percuma Rizal Fahmi yang terkena tiang gol.

Usaha Kelantan untuk mendapatkan gol berhasil apabila Azamuddin Akil bijak menggunakan peluang apabila Sarbini terlepas bola dari dakapannya untuk gol pertama Kelantan pada minit ke 54. Piya turut menjaringkan gol penyamaan melalui penalti diminit ke 69 apabila bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki.

Dua gol awal dari Ashaari Samsudin jelas merupakan titik penting dalam perlawanan pada malam ini dan telah merubah situasi perlawanan. “Away goals” dari Saha membuatkan jurang agregat terlalu jauh untuk di atasi.


Namun rekod bersih Kelantan dalam kempen Piala Malaysia di stadium keramat mereka dapat di pertahankan dan jelas, 'kesilapan' pengadil dan corak permainan kasar semasa di Kuala Terengganu yang meragut 5 orang pemain utama ke dua-dua pasukan telah mempengaruhi keputusan perlawanan. Apapun, Terengganu berhak dengan kemenangan ini dan penulis mengucapkan selamat maju jaya di pusingan separuh akhir.