11 October 2011

TERENGGANU 3-1 KELANTAN: AKSI PANAS DI KUALA TERENGGANU



Kelantan tewas 1-3 kepada Terengganu pada saingan suku akhir pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu malam tadi.

Perlawanan yang di jangka hebat dengan aksi-aksi serangan oleh dua pasukan terbaik musim ini di Liga Super bagaimanapun tercemar dengan aksi-aksi pergaduhan dan layangan 5 kad merah oleh pengadil.

Kelantan kehilangan Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin dan Aziz Ismail, manakala Terengganu kehilangan Ismail Faruqi dan Zubir Ismail. Kesemua pemain tidak akan dapat beraksi pada perlawanan pusingan kedua di Kota Bharu.

Terengganu terlebih dahulu mendahului melalui jaringan Ismail Faruqi setelah Kelantan bermain dengan 9 orang pemain.  Kelantan bagaimanapun dapat menyamakan kedudukan melalui penalti yang di jaringkan oleh Badri Radzi.

Terengganu menambah dua lagi gol menerusi penalti dan tendangan percuma di minit akhir perlawanan untuk selesa mendahului Kelantan dengan kelebihan 2 gol.

Pusingan kedua akan berlangsung pada 14 Oktober, Jumaat ini di Stadium Sultan Muhammad ke IV yang semestinya menjanjikan 90 minit aksi yang mendebarkan bagi kedua-dua pasukan.