26 November 2011

ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 100PLUS-FAM-ASTRO 2011

Pemenang anugerah jurulatih, penjaga gol, penyerang, pemain tengah dan
 pertahanan terbaik  2010 bersama trofi masing-masing
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus-Astro, FAM-Arena 2011 kembali pada tahun ini bagi mengiktiraf dan menghargai pemain dan persatuan bola sepak Malaysia.

Panel pemilihan bagi tahun ini ialah jurulatih kebangsaan, Dato' K.Rajagobal, pembantu jurulatih, Tan Cheng Hoe dan wakil Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia.

Majlis ini akan diadakan di Holiday Inn, Glenmarie dan untuk pertama kalinya akan di siarkan secara langsung melalui rangkaian 801, Nadi Arena pada 30 November 2011.

Berikut adalah kategori dan senarai pencalonan bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011


PENJAGA GOL TERBAIK
Mohd Sharbinee Allawee Ramli 
Khairul Fahmi Che Mat 
Mohd Farizal Marlias

PERTAHANAN TERBAIK
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak 
Mohd Mazuki Yusof 
Norhafiz Zamani Misbah 

MIDFIELDER TERBAIK
Mohd Badhri Mohd Radzi 
Safiq Rahim 
Joseph Kallang Tie 

PENYERANG TEBBAIK
Hairuddin Omar 
Norshahrul Idlan Talaha 
Abdul Hadi Yahya 

JURULATIH TERBAIK
Irfan Bakti Abu Salim
Norizan Bakar
Dato’ M. Karathu 

PEMAIN MUDA TERBAIK
Mohamad Fadhli Mohd Shas 
Mohd Irfan Fazail
Wan Zack Haikal Wan Noor 

PEMAIN PALING BERNILAI TERBAIK
Khairul Fahmi Che Mat 
Norshahrul Idlan Talaha
Safiq Rahim

Bagi edisi 2010, Kelantan muncul sebagai pasukan yang paling banyak mendapat anugerah di mana Khairul Fahmi muncul penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik, Norshahrul Idlan Talaha memenangi anugerah penyerang dan pemain paling bernilai serta B.Sathianathan memenangi anugerah jurulatih terbaik.

Perubahan pada edisi 2011 ialah anugerah pemain bernilai telah dinamakan semula sebagai 'Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh'. Persaingan diantara calon-calon bagi anugerah ini juga kelihatan sengit iaitu Khairul Fahmi, Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha.

'Matyo' telah meraih habuan RM3000 bagi pemain paling bernilai dan RM500 bagi penyerang terbaik beserta trofi, untuk edisi musim 2010 dan di harapkan agar untuk edisi kali ini jumlah imbuhan bagi semua kategori dapat dipertingkatkan seiring dengan jasa dan sumbangan mereka pada bola sepak negara.