23 November 2011

KELAYAKAN OLIMPIK LONDON 2012: MALAYSIA VS SYRIA

Ong Kim swee bersalaman dengan Jurulatih Syria, Imad Khankan

Pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan pingat emas di kejohanan bola sepak Sukan Sea di Jakarta kelmarin bakal di uji lagi kemampuan mereka malam ini apabila bakal menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini adalah perlawanan kedua peringkat kumpulan C kelayakan Olimpik London setelah tumpas 0-2 di tangan Jepun pada 21 September lalu hasil jaringan Keigo Higashi dan Ryohei Yamazaki. Penjaga gol negara, Khairul Fahmi tampil hebat pada malam itu dan telah menyelamatkan gol Malaysia daripada di bolosi dengan angka yang lebih besar.

Misi pasukan kebangsaan untuk meneruskan momentum kemenangan kali ini nampak sukar setelah Malaysia mengharungi jadual perlawanan yang padat di Sukan Sea serta di burukkan lagi dengan kecederaan pemain-pemain utama negara.

Jurulatih negara, Ong Kim swee bagaimanapun masih positif dan beliau akan menurunkan beberapa pemian simpanan dari skuadnya yang tidak tersenarai dalam skuad Sukan Sea seperti Feris Danial dan Izuan Solahuddin. Wan Zack haikal mungkin turut tersenarai setelah baru pulih dari kecederaan yang di alaminya semasa menentang Jepun.

Jurulatih Syria, Imad Khankan mengakui bahawa Malaysia adalah pasukan yang kuat dan kunci utama Malaysia adalah kepantasan pemain-pemainnya berbanding kemahiran individu. Bagaimanpun beliau berharap syria dapat mengutip mata penuh malam ini dan meneruskan rekod kemenangan mereka setelah menewaskan Bahrain 3-1 pada perlawanan pertama.

Syria bakal menurunkan pemain utama mereka iaitu Mardek Mardkian dan Mohamad Fares yang berjaya meledakkan 3 gol ketika menentang Bahrain tempoh hari. Mereka juga berazam untuk menghadiahkan kemenangan pada malam ini bagi seluruh rakyat Syria.

Mohamed fares merupakan tonggak kelab Al-Ittihad yang memenangi kejohanan AFC  CUP 2010

Untuk rekod, pertemuan terakhir di antara kedua negara adalah pada 30 Disember 2009 di Kuala Lumpur di mana Malaysia cemerlang menewaskan Syria dengan jaringan 4-1.

Berikut ialah kedudukan Kumpulan C setelah perlawanan pertama September lalu.


Rekod perlawanan terkini di antara kedua-dua pasukan sepanjang tahun 2011 juga membayangkan bahawa perlawanan pada malam ini akan berlangsung dengan seimbang namun kelebihan di jangka berada pada pasukan Syria yang tiba awal di Kuala Lumpur berbanding Malaysia hanya tiba dari Jakarta semalam.

Rekod perlawanan terkini Syria u23 2011


Rekod perlawanan terkini Malaysia u23 2011