23 November 2011

KELAYAKAN OLIMPIK: MALAYSIA 0-2 SYRIA

Nassouh Nakkdali menjaringkan gol ke 2 Syria. foto: Berita Harian
Malaysia tumpas buat kali kedua di dalam perlawanan peringkat kumpulan C, kelayakan Olimpik London 2012 kepada Syria 0-2 di Stadium Bukit Jalil.

Walaupun kepenatan, pemain negara menampilkan permainan yang menyakinkan di separuh masa pertama dan berjaya mencipta beberapa peluang menjaringkan gol namun barisan pertahanan Syria cemerlang di benteng mereka.

Syria turut mengasak dan peluang terbaik mereka hadir melalui penyerang berbahaya, Mardek Mardkian yang merembat kencang dari luar kotak penalti namun di nafikan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Bermula separuh masa kedua Syria jelas menguasai perlawanan dan memperolehi gol pertama pada minit ke 52 setelah tandukan Solaiman berjaya menewaskan Khairul fahmi.

Syria memadamkan harapan Malaysia untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata apabila menambahkan jaringan melalui pemain gantian, Nassouh Nakkdali ekoran kesilapan pertahanan Malaysia di minit ke 88.

Di sebalik kekelahan kedua berturut-turut dalam kempen kelayakan olimpik, konsistensi dan kecemerlangan penjaga gol no 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi terbukti apabila cemerlang menyelamatkan percubaan-percubaan Syria.

Sementara itu Jepun turut menewaskan Bahrain dengan jaringan 2-0 untuk mengekori Syria yang mendahului Kumpulan C dengan perbezaan jumlah jaringan.

Malaysia bakal turun menghadapi Bahrain yang juga gagal mendapatkan sebarang mata setakat ini pada 27hb November di Stadium nasional Bukit Jalil.

Malaysia berkedudukan terbawah setelah tewas 2 perlawanan tanpa sebarang jaringan.

Gol pertama Syria


Gol kedua Syria