27 November 2011

MALAYSIA TUAN RUMAH PLAY-OFF KELAYAKAN OLIMPIK 2012

Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai lokasi perlawanan play-off kelayakan olimpik 2012 Zon Asia

Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah pusingan akhir kelayakan olimpik 2012 oleh Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Pusingan akhir ini melibatkan 3 pasukan yang menjadi naib juara kumpulan dalam 3 buah kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik peringkat Asia.

Juara setiap kumpulan adalah layak ke London secara automatik dan 3 naib juara akan bertanding sesama sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 25-29 Mac 2012.

Pasukan yang menang pusingan akhir ini akan bertemu dengan pemenang dari peringkat Afrika pada bulan April 2012 bagi merebut 1 slot terakhir Olimpik London 2012.

Zon Asia akan memasuki perlawanan ketiga malam ini dan sekarang kumpulan A didahului Korea Selatan, Kumpulan B oleh Uzbekistan dan Jepun mendahului kumpulan C.

Perlawanan malam ini adalah perlawanan akhir pusingan pertama dan pusingan kedua akan bemula Februari tahun hadapan.

Malaysia akan bertemu Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil di mana kedua-dua pasukan masih belum mengutip sebarang mata setelah dua perlawanan.

Malaysia mengharapkan 3 mata penuh bagi menghidupkan harapan untuk muncul naib juara kumpulan C dan layak untuk ke pusingan play-off nanti.

Sumber:
 http://www.insideworldfootball.biz/worldtournaments/olympics/9969-malaysia-to-host-london-2012-qualifying-tournament