19 November 2011

PRA-MUSIM LIGA SUPER 2012: KELANTAN 2-1 MALDIVES

Danny Antwi merembat kencang melepasi pertahanan Maldives. Foto kredit to shazli TRW

Kelantan memulakan sesi perlawanan persahabatan pra-musim dengan langkah kanan apabila mengalahkan pasukan kebangsaan Maldives dengan jaringan 2-1 di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Maldives bagaimana pun mengejutkan tuan rumah seawal minit ke 5 apabila pemain sensasi mereka, Ali Ashfaq berjaya menewaskan Syazwan, penjaga gol no 3 Kelantan untuk gol pertama perlawanan.

Di awal perlawanan, Kelantan yang menurunkan tiga pemain import mereka, Danny Antwi, emmanuel Okine dan Zakaria Charara kelihatan bergelut untuk menguasai perlawanan.

Gol penyamaan Kelantan hadir di minit ke 22 apabila penyerang dari Ghana, Danny Antwi berjaya menyudahkan bola hantaran Zakaria dan menceriakan penyokong-penyokong The Red Warriors yang hadir memenuhi stadium.

Kelantan menguasai perlawanan di separuh masa kedua perlawanan dan mempunyai banyak peluang untuk menambah jumlah gol namun semuanya gagal di sudahkan oleh barisan serangan.

Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri, Danny Antwi muncul wira Kelantan apabila menjaringkan gol perlawanan di saat-saat akhir minit tambahan untuk Kelantan menang mengatasi Maldives.

Pada malam ini pemain-pemain utama Kelantan seperti Norshahrul, Badri Radzi, Muhammad Ghaddar, Syakir, Chanturu, Norfarhan, Indra Putra, Izuan Solahudin dan Azizi Mat Rose di rehatkan untuk aksi di perlawanan seterusnya.

Skuad Kelantan akan beralih ke selatan bagi sesi perlawanan persahabatan pada 20 dan 23 November ini menentang dua kelab di Singapura sebelum pulang ke tanah air dan menentang pasukan ATM, Negeri Sembilan dan Perak.