23 November 2011

PRA MUSIM LIGA SUPER 2012: KELANTAN 3-0 BALESTIER KHALSA



Kelantan meneruskan rentak kemenangan di dalam kempen perlawanan pra-musim dengan menundukkan Kelab dari Singapura, Belestier Khalsa dengan jaringan 3-0 sebentar tadi di Stadium Toa Payoh, Singapura.

Pemain import Kelantan, Emmanuel Okini menjaringkan gol pendahuluan pada separuh masa pertama seawal minit ke 15. Nurul azwan Roya dan S.Chanturu memastikan Kelantan pulang bergaya dengan menyumbangkan 2 gol pada separuh masa kedua di minit ke 53 dan ke 90.

Ini adalah perlawanan persahabatan antarabangsa kedua bagi Kelantan selepas berjaya menundukkan pasukan kebangsaan Maldives 2-1 baru-baru ini.

Kelantan akan bertemu dengan ATM untuk perlawanan yang seterusnya pada 26hb sebelum menentang Perak dan Negeri Sembilan.

Kesebelasan utama Kelantan:

Mohd Syazwan Yusoff; S. Subramaniam, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Abdul Aziz Ismail, Mohd Zamri Ramli; Emmanuel Okine, Mohd Nurul Azwan Roya, Suppiah Chanturu, Khairul Izuan Rosli, Norsyahrul Hawari, Denny Antwi.