2 December 2011

DREAM TEAM THE RED WARRIORS 2012


Kelantan hampir mendapat barisan penuh pemain untuk musim Liga Super 2012 apabila mengesahkan kemasukan 3 pemain import dan 4 pemain tempatan ke dalam pasukan baru-baru ini.

Kini hanya tinggal satu kuota import sahaja lagi untuk dipenuhi dan Kelantan tidak mahu terburu-buru di dalam menyempurnakan skuad The Red Warriors.

Dengan kembalinya trio bekas pemain Kelantan yang beralih angin ke negeri jiran pada musim lepas, Norfarhan, Azizie dan Indra Putra dijangka akan kembali menguatkan skuad Kelantan.

Kemasukan penyerang import dari Ghana, Danny Antwi dan Mohamad Ghaddar dari Lubnan turut dilihat sebagai penambah sengat dan bisa The Red Warriors di barisan hadapan.

Jentera serangan Kelantan pada musim 2011 dilihat terlalu bergantung pada ketajaman dan konsistensi penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang telah menyumbangkan 19 gol dalam kempen liga super.

Musim hadapan Kelantan menjanjikan satu saingan yang sengit untuk saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Barisan pemain untuk musim 2012 dilihat sebagai barisan yang terkuat pernah dimiliki oleh The Red Warriors.