14 December 2011

HARIMAU MUDA 0-1 CENTRAL COAST MARINERS: TEWAS TIPIS NAMUN AKSI FAKRI SAKRANI DIPUJI

Fakri beri aksi cemerlang namun gol Kapten CCM, Daniel McBreen memisahkan kedua pasukan 

Skuad Harimau Muda tewas tipis kepada Kelab liga Australia, Central Coast Mariners dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan yang diadakan di padang Minggara Athletics Tracks, Tumbi-Tumbi, Australia.

Gol tunggal perlawanan di jaringkan oleh Kapten Central Coast Mariners bagi perlawanan persahabatan kali ini iaitu Daniel McBreen yang berusia 34 tahun di separuh masa kedua.

Skuad Harimau Muda yang baru semalam berjaya menundukkan Sydney FC dengan jaringan selesa 3-0, hari ini telah menurunkan skuad yang berbeza namun telah mampu memberikan persembahan yang baik dan memberikan saingan yang sengit pada kelab yang menduduki tangga kedua dalam Liga Australia ini.

Mixed Mariners account for Malaysian U23's
Mahali Jazuli menghalang pemain Central Coast Mariners
Penampilan penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Sakrani di puji oleh pemerhati Central Coast Mariners yang melaporkan Fakri bermain cemerlang dan banyak menguji pertahanan Mariners yang diterajui oleh Trent Sainsbury dan Sam Gallagher.

Penolong Jurulatih Mariners, Phill Moss telah mengendalikan perlawanan persahabatan pada kali ini dan menurunkan gandingan barisan pemain muda dan pemain utama Central Coast Mariners.

Skuad Harimau Muda akan meneruskan perlawanan persahabatan mereka di Australia dengan menentang Newcastle Jets pada 19 Disember.

Sumber: http://www.footballaustralia.com.au/centralcoastmariners/news-display/Mixed-Mariners-account-for-Malaysian-U23s/43592