16 December 2011

HARIMAU MUDA BAKAL BERTEMU CENTRAL COAST MARINERS SEKALI LAGI

Harimau Muda berpeluang membalas kekalahan pada Mariners tempoh hari

Harimau Muda akan bertemu semula dengan pasukan Central Coast Mariners sebagai perlawanan terakhir dalam siri latihan di Australia sebelum pulang ke tanah air.

Newcastle Jets yang dijadualkan untuk menentang skuad Harimau Muda terpaksa membatalkan perlawanan tersebut pada 19 Disember ini oleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Newcastle Jets memohon untuk melewatkan perlawanan tersebut kepada 20 Disember namun Harimau Muda telah pun dijadualkan untuk pulang ke Malaysia pada hari tersebut.

Perlawanan ulangan dengan Central Coast Mariners akan diadakan di stadium yang sama dan masa perlawanan akan di tetapkan kemudian.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan kepada anak-anak buahnya supaya memberikan aksi terbaik pada perlawanan terakhir ini dan mengakhiri kem latihan di Ausralia dengan kemenangan.

Sepanjang perlawanan di Australia, Harimau Muda telah mengalahkan Sydney FC 3-0 sebelum tewas tipis 0-1 ditangan Mariners dalam perlawanan yang berlangsung 2 hari berturut-turut.