22 December 2011

JANGKAAN KESEBELASAN UTAMA KELANTAN VS PERSEBAYA FC

Kesebelasan utama Kelantan vs Persebaya FC menurut 'poknikmu.blogspot.com' .
klik untuk paparan lebih jelas
Grafik diatas yang diambil dari poknikmu.blogspot.com menunjukkan bayangan kesebelasan utama Kelantan bagi menghadapi pasukan Persebaya FC sempena pertandingan 'Unity Cup' 2011.

Kesebelasan utama Kelantan malam esok dijangka akan terdiri daripada 4 pemain pertahanan, 2 pemain tengah menyerang serta 1 pemain tengah bertahan dan 3 penyerang.

Bahagian serangan akan diketuai oleh Norshahrul Idlan Talaha dan dibantu oleh Muhammad Ghaddar dan Danny Antwi. Gandingan 3 pemain ini dijangka akan mendatangkan masalah besar kepada kubu Persebaya FC.

Kemahiran menggelicik dan penyudah berbisa Mat Yo sememangnya digeruni pasukan lawan dan pasukan dari Indonesia seharusnya sudah sedia maklum dengan kehebatan pemain ini semasa Malaysia membenam Indonesia dalam Piala AFF 2010.

Sementara itu, Danny Antwi pula beraksi cemerlang semasa perlawanan pra-musim baru-baru ini dan merupakan penjaring terbanyak bagi The Red Warriors. Kepantasan dan kelicikannya melepasi benteng lawan ialah aset penting bagi penyerang yang berasal daripada Ghana ini.

Muhammad Ghaddar pula setakat ini sudah menjaringkan 2 gol untuk Kelantan iaitu semasa perlawanan menentang Perak dan T-Team dalam aksi pra-musim. Beliau dilihat memiliki kepantasan larian dan skill individu yang tinggi.

Masalah bahasa diantara 3 penyerang ini dijangka tidak akan menjadi masalah besar kepada mereka dan buktinya mereka berganding cemerlang semasa aksi bersama menentang T-team tempoh hari.

Dibahagian tengah Kelantan dijangka akan dikemudi oleh Shakir Saari selaku kapten pasukan. Norfarhan Muhammad bakal mengisi bahagian tengah kanan dan Zakaria Charara dibahagian kiri. Bahagian pertahanan pula dibarisi oleh Daudsu, Subramaniam, Azizi Mat Rose dan Aziz Ismail.

Setiap pasukan dibenarkan membuat maksima 5 pertukaran dengan 3 pemain import di izinkan beraksi. format pertandingan adalah timbal balik dan berdasarkan peraturan 'away goal'.

Kekuatan The Red Warriors kali ini dilihat seimbang di semua posisi dengan ramai pemain dilihat mampu menjaringkan gol. Ini berbeza dengan musim lalu dimana Kelantan bergantung dengan seorang peledak sahaja.