26 December 2011

KELANTAN 2-0 KUALA LUMPUR; DANNY ANTWI MILIKI PENYUDAH BERBISA

Danny Antwi telah mengumpul 9 jaringan untuk Kelantan.
Foto: Shazli Shamsuddin TRW.
Kelantan sebentar tadi telah menewaskan pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan pra-musim di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Kedua-dua gol adalah hasil jaringan penyerang import dari Ghana, Danny Antwi pada setiap separuh masa. Gol pertama dijaringkan di minit ke 5 dan gol ke dua hadir diminit ke 54.

Peter Butler telah merehatkan hampir kesemua pemain yang beraksi semasa menentang Persebaya FC tempoh hari dan menurunkan pemain-pemain yang lain.

Danny Antwi membuktikan dirinya memiliki penyudah yang berbisa apabila telah mengumpulkan 9 gol sepanjang tempoh perlawanan pra-musim Liga Super.

Semasa aksi pertamanya untuk pasukan Kelantan, Danny Antwi telah menjaringkan 2 gol penting ketika The Red Warriors menewaskan pasukan kebangsaan Maldives 2-1.

Dia turut menjaringkan 1 gol ketika Kelantan menewaskan pasukan Perak 3-1 di Paroi dengan tendangan penalti dan telah mencatat hatriknya yang pertama ketika Kelantan membenam pasukan ATM 4-2.

Skuad The Red Warriors akan berangkat ke Surabaya pada 26 Disember untuk perlawanan timbal balik yang kedua menentang Persebaya FC pada 28 Disember di Stadium 10 November, Surabaya.

Kesebelasan Utama Kelantan vs Kuala Lumpur
Shazwan Yusof, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Nik Syahrul Azim, Zamri Ramli, Nurul Azwan Roya, S. Chanturu, Ramzul Zahini Adnan, Danny Antwi, Badri Radzi