16 December 2011

KELANTAN SAHKAN TERIMA LAPAN PENAJAAN


Kelantan hari ini mengesahkan menerima penajaan daripada 8 penaja iaitu Happy, Masterskill, Sinar Harian, Alhamra, Yusmira, Warriors, Umbro dan RW Energy.

Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di ibu pejabat Digi, Kuala Lumpur pagi ini dan di hadiri oleh semua wakil penaja dan presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Happy Prepaid merupakan penaja utama dan meneruskan penajaan tahun kedua bersama penaja jersi rasmi The Red Warriors, Umbro.

Penaja bersama yang lain ialah daripada syarikat milik anak jati Kelantan, Sinar Harian, Al-Hamra dab Yusmira Trading. Masterkill merupakan penaja baru bersama dengan Warriors, jenama keluaran KAFA.